0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa




Скачать 44.96 Kb.
Название0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa
Дата конвертации16.02.2013
Размер44.96 Kb.
ТипДокументы



Shaharir: Pembangunan sains matematik mengikut acuan Malaysia. Simposium Kebangsaan

Sains Matematik Malaysia VIII, di KUT 2000, April 1-2. Tidak terbit


Pembangunan Sains Matematik mengikut Acuan Malaysia


Shaharir bin Mohamad Zain, UKM


Abstrak


sains Matematik yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai, dan dibina dalam bahasa, dan nilai Malaysia ialah sains matematik mengikut acuan sendiri (Malaysia) atau ringkasnya sains matematik Malaysia atau sains matematik terMalaysia. Sains matematik ini semestinya mengandungi unsur-unsur matematik terpribumi Malaysia, dan matematik terinsan dengan nilai-nilai Malaysia yang mengandungi nilai Islam sebagai terasnya. Makna sains matematik Malaysia atau terpribumi Malaysia dan keperluannya bagi Malaysia dibicarakan sambil mengaitkanya dengan etnosains matematik tradisi, etnosains matematik mengikut perspektif de Ambrosio, sains matematik berkeinsanan, pembudayaan sains matematik, dan pengIslaman sains matematik. Beberapa contoh sains matematik ini yang penulis/penceramah sendiri cuba membangunkannya dibicarakan. Beberapa isu konkret yang berpotensi dibangunkan menerusi acuan Malaysia juga dibincangkan.


0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa .

Ini hukum pembangunan tamadun. Lihat tamadun-tamadun yang silam dan masa kini (negara G-7 atau 19 buah negara maju kini), masing-masingnya maju menerusi bahasa masing-masing.Umpamanya, Perancis bangsa pertama Eropah meninggalkan bahasa Latin sebagai bahasa ilmu untuk bangsanya pada abad ke-16 dahulu dan tak lama kemudian Perancis menjadi bahasa ilmu Eropah standing dengan bahasa Latin. Pada abad ke-17, Leibniz yang berkarya dalam bahasa Perancis menyedari betapa bangsanya Jerman juga perlu mengikut jejak langkah Perancis lalu menggesa kepada orang Jerman supaya membangun bersama bahasanya sendiri, bukannya menerusi bahasa Perancis atau Latin yang sudah sedia menjadi bahasa ilmu Eropah dewasa itu (Simanjuntak 1996). Mungkin kesedaran sebegini, telah muncul di Malaysia menerusi penulis Wawasan 2020 kerana dalam pengantarnya, ada ungkapan yang menegaskan bahawa Malaysia ingin maju tidak seperti mana-mana 19 buah negara maju sekarang tetapi “maju menurut acuan kita sendiri”; yang selaras pula dengan cabaran ke-2 daripada Wawasan itu yang menyebut keinginan melahirkan bangsa Malaysia yang “berjiwa merdeka”, dan cabaran ke-6 Wawasan itu pula yang mengharapkan supaya bangsa Malaysia juga menjadi “pencipta sains”. (Lihat Kamaruddin Jaffar dan Hazami Habib (1993), Wawasan 2020, IKD). Tesis atau pandangan akademik dan kecendekiawanan bahawa bahasa bukan sekadar identiti (jati diri) tetapi sebagai sumber asli pembangunan sudah lama dibicarakan oleh banyak pihak (contohnya Ravetz 1971 dan de Bono 1991). Lagi pun, Ayaht 18 daripada al-Qur’aan Suraht Ibrahim ada menyebut yang translasi mengikut bacaannya lebih kurang begini: wama arsalna mirrasulin illa bilisani qaumihi…(Kami tidak mengutuskan rasul untuk kamu melainkan menerusi bahasa kaum kamu sendiri …). Yang menunjukkan bahawa pembangunan menerusi bahasa sendiri itu menjadi Sunnatullah. Sesuai dengan ini, dalam konteks Malaysia, langkah-langkah yang sentiasa perlu dilakukan ialah seperti berikut:

0.i. Guna bahasa Melayu piawai. Jangan pandai bergaya dalam bahasa Inggeris sahaja tetapi tidak mahu melaram dalam bahasa Melayu. Berwawasan Melayu yang lebih besar (sekurang-kurangnya termasuk Indonesia yang gabungannya pengarang (1987) menamainya Malindopura (sehingga menjadi bangsa yang ke-lima terbesar di dunia) atau lebih baik lagi termasuk Brunei, Singapura, Selatan Thai, Campa (kini di Kemboja), dan Phillipina Selatan yang kesemua wilayah ini pengarang (1998a) menamainya Pascabima). Biasakan diri dengan bahasa Melayu Indonesia dengan membaca Tempo/Gatra sekurang-kurangnya sekali sebulan. Baca juga novel/buku Indonesia sekerap membaca buku dalam bahasa lain (yang selama ini mungkin bermaksud bahasa Inggeris). Jangan pandang rendah bahasa Indonesia kerana bahasa itu sesungguh bahasa Melayu juga! Gaya bahasanya kadang-kadang lebih indah dan tepat daripada gaya bahasa Melayu Malaysia. Hadiah Nobel Sastera dijangka akan dimenangi oleh sastrawan Indonesia, malah Pramoedya Anata Toer sudah beberapa kali dicalonkan! Pelajar dari Indonesia mesti dikehendaki menulis tesis dalam bahasa Melayu Malaysia atau Melayu-Indonesia, sama seperti pelajar dari Malaysia. Kita perlu menuju ke arah semua pelajar menulis tesis dalam bahasa Melayu Malaysia atau Indonesia.


0.ii. Cipta simbol atau ringkasan atau akronim dalam bahasa Melayu yang sepadan. Umpamanya TM bukan IT, KP bukannya PC atau IC.


0.iii. Cipta istilah sendiri (terjemahan asli atau transkripsi yang piawai), atau istilah asli seperti istilah resapion (drp resap+ ion) ciptaan penulis (1995a). Dalam setiap penulisan dlam bahasa Melayu, penulis berkenaan mestilah perlu memastikannya tiadanya istilah atau ungkapan dalam bahasa asing, umpamanya bahasa Inggeris dalam tanda kurung, segala petikan mestilah diterjemahkan.


0.iv. Wujudkan suasana sehingga orang terpaksa mengguna bahasa Melayu, jangan sebaliknya.


0.v. Banyakkan penyertaan orang Melayu (orang di Pscabima atau lebih luas lagi Alam Melayu ini) dalam sains matematik. Ini sesuai dgn Hadith riwayat al-Dailamai (yang bunyi ungkapannya lebih kurang begini): Khuyyaru Sulaimanu bainal mal, walmulk, wal’ilm, fakhtaral ‘ilm, fa’dhiyal mulka walmal, (ertinya: Nabi Sulaiman diminta membuat pilihan antara ilmu, harta dan kuasa. Dipilihnya ilmu, lalu Allah memberinya juga kuasa dan kekayaan). Ini manusia-i; Hadith lain diriwayatkan oleh ibnu Majah: dan al-Tarmidzi (yang bunyi ungkapannya lebih kurang begini): An afdhalus sadaqatu an yata ‘allamu muslimu ilman, fayu ‘alamahu akhahu muslima, (ertinya: Sedeqah yang terbaik ialah (ilmuwan Muslim) yang mengajar ilmu kepada Muslim (yang mengajarnya pula kepada muslim yang lain). Ini Muslim-i . (tentang hadith-hadith ini dan lain-lain lagi yang hamper dengannya, lihat Shaharir 1998d)


1. Menggali ilmu sains matematik pribumi yang silam.

Bagi Malaysia sains matematik pribumi yang silam bermasksud ilmu Melayu silam di Pascabima (atau lebih luas lagi Alam Melayu). Oleh itu masalah yang sentiasa relevan ialah isu-isu berikut:

1.1. Mendapat buku-buku atau manuskrip Melayu lama (dalam bahasa Melayu), lagi lama lagi bagus. Setakat ini Ithnin dan Mustafa (1990) mendakwa buku fizik berbahasa Melayu yang tertua ialah Ilmu Kejadian, karya Syed Mahmud Abdul Kadir (1887), dengan tidak menyedari agaknya bahawa enam tahun sebelum itu Shaharir (1984) telah menemui tulisan fizik matematik (khususnya ilmu falak/astronomi) yang jauh lebih lama lagi, iaitu karya Abdul Rahman Kelantan bin Muhamad Samar al-Battul bertarikh 1828 yang muncul dalam buku Syeikh Tahir Jalaludin (ahli falak Melayu terkenal akhir abad ke-19M hingga awal abad ke-20M) Risil Fi Falak pada akhir abad ke-19M; manakala tulisan matematik yang tertua ialah manuskrip berjudul Ilmu Hitungan 1826 yang tidak diketahui pengarangnya, yang ditemui oleh Mat Rofa dan Osman Bakar 1990. Kedua-dua buku atau manuskrip ini masih belum dikupas kandungannya, sedangkan buku yang suku abad kemudian daripada ini Raudatul Hussab fi ‘amal al-Hisab karya Syeikh Ahmad ‘Abdul Latif al-Khatib 1307H= 1879M telah dikaji dengan ditonjolkan kandungannya oleh penemunya Mat Rofa (1995) dan aspek falsafahnya oleh Abdul Latif (2000).


1.2. Mencungkil unsur-unsur sains matematik seperti nombor, angka, sukatan, sains pengurusan, fizik matematik, dan lain-lain yang terdapat dalam buku-buku (bukan sains matematik) klasik Melayu seperti kamus-kamus Melayu lama (Winstedt, Wilkinson, kamus Melayu-Cina yang tertua, Melayu-Perancis, Melayu-Belanda, Melayu-Sepanyol, Melayu-Pertugis/Feringgi, dan lain-lain), Sejarah Melayu, Hikayat-Hikayat /cerita penglipur lara/selampit dsbnya seperti Malim Deman, .. Pak Pandir,..dan sebagainya; drp prasasti, peri bahasa, pantun dan lain-lain lagi. Permulaan kajian telah dilakukan oleh Swetz (1983) yang disambung oleh Abdul Razak (pelbagai sukatan klasik Melayu, 1996), Abdul Razak dan Shaharir (sistem nombor mengikut etimologi istilah nombor-nombor Melayu, 1997), Hanapi Dollah (unsur matematik dalam penglipur lara Melayu (“Mat Jenin, Pak Kadok dan etnomatematik”, dalam Jurnal Pemikir 1999; dan “unsur matematik ibtidai dan matematik kabur dalam sastera lisan Melayu”, dalam Jurnal Kesturi 8(1), 1998), Hanapi Dollah dan Shaharir (“satira matematik dalam cerita-cerita penglipur lara Melayu”, dalam Jurnal Kesturi 9(2), 1999), Shaharir (“sukatan dalam peribahasa Melayu”, manuskrip 1998b; “sains pengurusan dalam peribahasa Melayu”, manuskrip 1998c, “angka Melayu dalam prasasti sebelum Islam”, laporan Sabatikal UKM 1997 dan akan terbit dalam Bull. Malay. Math. Soc. 1999(2) . Antara isu yang belum diterokai lagi:

1.2.a. Mendapatkan prasasti di Campa dan di Kembojadesa yang telah ditranskripsi ke dalam Rumi dan terjemahan dalam Melayu / bahasa yang boleh difahami oleh penyelidik dan mengkaji kandungannya dalam aspek sains matematik;

1.2.b. Mendapatkan buku / manuskrip /catatan bukan sains matematik dalam bahasa Melayu yang lama-lama daripada sumber China, India, Pertugis, Sepanyol, dan Belanda untuk dikaji kandungan unsur-unsur sains matematiknya. Contohnya kamus Cina-Melayu zaman emperor Ming China yang ditranskripsi oleh Liang (1996) dalam bukunya “Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad Ke-15”, terbitan UKM; Senarai perkataan Pertugis-Melaka oleh Cornelis Geritz (1598) dlm An Addition to the Sea Jour. of the Hollander’s unto Java. Ed. De Capo Press, Armsterdam 1968; senarai perkataan Inggeris-Melayu oleh Jacob Van Neck (1601) dlm. Jour of Eight Strippes of Armsterdam, London.


2. Mengecam unsur-unsur matematik dalam teknologi Melayu klasik (senibina Borobudur, kapal, keris, candi, kraftangan, simpul, ikatan, anyaman, tenunan, dan dandan (termasuk selampit dan pedendang) dan lain-lain.

Satu kajian yang segera boleh dilakukan ialah mengumpul segala jenis simpul atau ikatan dalam kebudayaan Melayu dan memadankannya dengan jenis-jenis simpul yang diketahui dalam matematik sekarang dari budaya lain (Eropah dan Amerika) iaitu sebanyak 12 kelas itu (persilangan n-lipat, n=1 hingga 12 dan penyesuaian dengan polinomial Jones, Lihat A History of Knots Theory oleh van de Griend (1992), History of and Science of Knots suntingan Turner & van de Griend (1996) dan buku oleh Kawauchi (1996), A Survey of Knot Theory, terbitan Birkhauser, yg disorot dengan pujian yang meleret oleh Kaufman dalam Bull AMS 36(4), 1999). Teori simpul kini menjadi bidang matematik yang besar yang muncul kegunaannya dalam fizik matematik di bawah judul teori medan quantum topologi terutamanya kerana buku karya Atiyah (1990), The Geometry and Physics of Knots, Witten (1989), pemenang anugerah Field 1990-an itu, dalam karyanya menerusi makalah dalam Comm. Math. Phys. berjudul Quantum field theory and the Jones polynomial , serta karya Reshetikhin dan Turaev (1991) yang membina kaedah mentakrifkan invarian bagi manifold-3 dengan menggunakan struktur aljabar bagi perwakilan kumpulan quantum. Penulis telah mengumpul sebahagiannya daripada buku Pengakap karya Koh (1995), Pengakap Remaja dan Anugerah Pengakap Raja, Fajar Bakti, (Bab 7, m.s. 94, 106, 152) dan catatn seorang pengakap sekolah (Rajah 1). Simpul dan ikatan itu ialah: simpul angka lapan, simpul balak, simpul belit, tambatan anak kapal, simpul manuk, simpul nelayan, simpul pulih, simpul tapak kucing, simpul raga, simpul serban, simpul buaian, simpul mahkota, simpul pilih kasih, simpul tindih kasih berganda, simpul kerusi, sambat pendek, lilit berkas tingkat, lilit tindih kejab, genggam monyet, sambat pendek, ikat(an) buku sila, ikat(an) bunga keti, ikat(an) ibu jari, ikat(an) mata pancing (demhof dan menyiput), ikat(an) nenek, ikat(an) pemukat, ikat(an) serong, , ikat(an) serong Philippina, ikat(an) seraya, ikat(an) silang gunting, ikat(an) ahli surgeri. Kajian ini menjanjikan penemuan baru jika kita berusaha meninjau secara lisan dengan ahli-ahli yang banyak melakukan simpulan (yang tentunya memerlukan senyum simpul!) anyaman, dandanan, ikatan, jahitan, jerait, kait, sulaman, telepok, tenunan, dan sebagainya seperti petani, nelayan, tukang anyam, tukang jahit, tukang perahu/kapal, tukang rumah, dan sebagainya


3. Mentahkik model atau teori yang sedia ada (mungkin dengan ubahsuai beberapa pemboleh ubah, atau alat) dengan data-data tempatan kini.

Ini hampir semua ahli statistik gunaan, ahli sains komputer, ahli ekonometri, ahli biometri, ahli demografi, ahli sains pengurusan kita dan sebagainya, telah melakukannya sedikit sebanyaknya dalam bidang masing-masing. Namun mengikut kajian penulis (1995b) sehingga 1995, dalam kertas kerjanya “Penubuhan Institut/Pusat Sains Teori dan PeMalaysiaan Ilmu (ISTIM/PASTIM)” di UKM, bilangannya sedikit sahaja, iaitu 107 karya oleh 43 sarjana (6 daripadanya di dahulunya, Fakulti Sains Matematik) darp pelbagai bidang di UKM. Biasanya tiada masalah besar yang dihadapi selain daripada masalah memperoleh data yang sesuai dan masalah analisisnya. Akan tetapi sesetengahnya telah pun melahirkan masalah yang memerlukan penyelesaian yang berlainan sekali dan oleh itu berpotensi menjadikan sarjana kita terkehadapan di kalangan mereka seluruh dunia seperti kajian perkamusan bahasa Melayu (Rumi) oleh kumpulan Tg. Mohd dan pengecaman tulisan Jawi oleh Khairuddin. Contoh yang penulis sendiri terbabit dalam penyelidikannya ialah model lojistik penduduk Semenanjung Malaysia (1997- ?) yang ternyata kaedah yang sedia ada tidak mampu menentukan parameter-parameter dalam model ini. Penulis telah membina kaedah barunya yang mungkin menjadi kaedah ikutan para pengguna lain lagi. Berikut ini pula ialah contoh-contoh isu pribumi kita yang memerlukan penyertaan para ahli matematik tulen:


3.1. Bahasa Melayu dalam konteks teori morfologi Thom (1974/1972; 1983) yang telah diterokai oleh Thom (1970, 1971, 1973, 1974) tentang bahasa beliau (Perancis) dan Bruter (1971, 1972) yang mungkin memerlukan kerjasama dengan seorang ahli bahasa Perancis kerana makalah-makalah ini semua dalam bahasa Perancis. Makalah-makalah bidang ini dalam dasawarsa 80-an hingga kini masih perlu digelintari, tetapi yang pastinya belum ada kajian penerapan teori-teori ini ke dalam bahasa Melayu.


3.2. Bahasa Melayu dalam konteks teori linguistik bermatematik.( cth. Anglin 1986; Lambek 1989, 1986, 1979, 1958; Bhargava dan Lambek 1983)


3.3. Model-model pengoptimuman pelbagai matalamat di Malaysia (Shaharir dan Wan Norani 1983 (peruntukan sumber fakulti sains UKM), Shaharir et al. 1986 (Penilaian Rancangan Malaysia kelima menerusi model kawalan optimum), Abdul Halim 1999- (Peruntukan sumber sesebuah universiti di Malaysia sebagai sebuah institusi korporat atau swasta)


4. Memperoleh cara pendekatan pengajaran/pendidikan dengan motivasi/alat pengajaran/pendekatan/data tempatan yang lebih bermakna/menarik Contohnya,


4.1. Bagaimana mengganti penggunaan duit, dadu, atau daun terup dalam kebrangkalian?


4.2. Bagaimana membina motivasi/justifikasi perlunya aljabar niskala, (kumpulan, gelanggang, medan, vektor, tensor, twistor,.. ), analisis (upsilon-delta..), dan topologi (set terbuka, tertutup, tumpat, padat,…). KUMAT (1986-1987) pernah cuba mengumpul jawaban ini dengan mentelaah pelbagai sumber (sejarah, kemunculannya dalam ekonomi dan pengurusan, fizik ,..) tetapi berjaya sehingga 4 (empat) contoh sahaja kerana minat ahli semakin tipis dan akhirnya pupus. Contoh itu ialah

4.2a. keperluan /kerelevanan set terbuka dan set tertutup dalam pembinaan teori ekonomi;

4.2b. keperluan set berkait simpel dalam teori persamaan terbitan dan persamaan pembeza;

4.2c. teori penertiban dalam ekonomi

4.2d. set padat dan set tumpat dalam ekonomi

4.2.e. set reja atau set terbuka dan tumpat dalam pemodelan menerusi persamaan terbitan.


5. Menonjolkan sistem nilai atau sistem kepercayaan yang konkret yang mempengaruhi pengaryaan seseorang ahli sains matematik.

Tesis asasnya ialah Kuhn (1997/1962) tetapi dalam sains matematik diterokai oleh Shaharir dan Abdul Latif (1988) dan Shaharir (1989, 1992). Contohnya nilai keadilan dalam pembinaan bahagi, nilai mekanisme dalam hukum Newton dan mengikut D’Ambrosio (1975, 1989, 1992) pengaruh budaya sukatan masa orang-orang Anglo-Saxon dalam kalkulus Newton. Ketidakrelevanan dengan sebahagian besar daripada16 nilai dalam KBSM juga perlu disedari. Ini prakursor PengIslaman ilmu yang diperjuangkan oleh ASASI, UIA dan ABIM di Malaysia, IIIT di Amer. Syarikat, Islamic Academy di UK, dan MAAS di India. Bengkel pertama PengIslaman Sains Matematik anjuran ASASI telah dibuat dalam 1988 dan resolusinya disiarkan dalam ASASAINS, 1/1988, yang antara lainnya mengandungi keperluan kegiatan ini dan kegiatan-kegitan lain lagi yang berhubung dengan 6 di bawah.


6. Mengkritik teori-teori yang sedia ada berasaskan sistem nilai Melayu-Islam, dan seterusnya memformulasi semula teori itu supaya lebih serasi dengan sistem nilai tersebut. Contohnya


6.1. Optimum multimatalamat. Yang telah kami lakukan ialah optimum Pareto (Shaharir dan Rohani (1996))

6.2. Teori utiliti . Yang telah kami lakukan ialah kritikan dan penggantian terhadap aksiom-aksiom teori utiliti itu (Shaharir dan Rohani (1996), Rohani (1997))

6.3 Matematik pinjaman Riba dan pinjaman Islam semasa dan pembaikannya (Shaharir 1992b)


Rujukan


Abdul Latif bin Samian. 2000. Falsafah matematik Ahmad Abdul Latif al-Khatib menerusi Bukunya Intisari Ilmu Hitung. Akan terbit dalam Kesturi 10(1)

Abdul Latif bin Samian. 1998. Al-Biruni’s philosophy of problem solving. Kesturi 8(1): 52-66

Abdul Razak bin Salleh. 1996. Sukatan dalam budaya Melayu. Kertas kerja di Kolokuium Kumpulan Penyelidik Etnomatematik, ATMA, UKM. Akan terbit dalam Kesturi 2000, 10(1):

Abdul Razak bin Salleh dan Shaharir bin Mohamad Zain. 1997. Sistem nombor mengikut etimologi istilah nombor-nombor dalam bahasa Melayu. Akan terbit dalam Jurnal DBP. Sebahagiannya terbit dalam buku Shaharir (2000)

Anglin, W.S. 1986. A mathematical analysis of production grammar. Theoretical Linguistics. 13: 125-138

Asasains 1/1988. Prosiding Bengkel PengIslaman Sains Matematik. Akademi Sains Islam Malaysia.

Atiyah, M.F. 1990. The Geometry and Physics of Knots. CUP

Bhargava, M. dan Lambek, J. 1983. A production grammar for Hindi kinship terminology. Theoretical Linguistics. 10: 227-245

Bruter, C.P. 1971. Secondes remarques sur la percepto-linguistique. Document 6, Centre Intern, Semantique, Urbino (serie A: 1-7)

---------------. 1972. Quelques aspects de la percepto-linguistique. TA Informations. 2: 15-19

Cornelis Geritz. 1598. Dalam An Addition to the Sea Jour. of the Hollander’s unto Java.1968. Armsterdam: Ed. De Capo Press

de Bono, E. 1991. I am Right, You are Wrong. From Rock Logic to Water Logic. New York: Viking

D’Ambrosio, U. 1985. A methodology for ethnoscience: the need for alternative epistemologies. Theoria Segunda Epoca (San Sebastian), ano 1, n.3 : 397-409

--------------------.1989. On ethnomathematics. Philosophia Mathematica. An International Jour. for Philosophy of Modern Maths. 2nd Series. 4(1): 3-14

-------------------. 1992. Ethnomathematics: a research program on the history and philosophy of mathematics with pedagogical implications. Notices AMS. 39(10):1183-1185

Hanapi bin Dollah. 1999. Mat Jenin, Pak Kadok dan Etnomatematik. Jurnal Pemikir. 16: 191-200

-------------------. 1998. Penghayatan unsur matematik ibtidai dan matematik kabur dalam beberapa buah penceritaan lisan Melayu. Kesturi. 8(1): 19-38

Hanapi bin Dollah dan Shaharir bin Mohamad Zain. 1999. Satira matematik dalam cerita-cerita penglipur lara Melayu. Kesturi. 9(2):

Ithnin bin Abdul Jalil dan Mustafa bin Hj. Darimi.1990. Suatu kajian ke atas sebuah buku fizik yang pertama ditulis dalam bahasa Melayu. Kertas Seminar Kebangsaan Peristilahan dan Penulisan Sains. 2-3 Mei. Di UPM.

Jacob Van Vleck. 1601. Senarai perkataan Inggeris-Melayu. Dalam Jour. of Eight Strippes of Armsterdam. London.

Kamaruddin Jaffar dan Hazami Habib. 1993. Wawasan 2020. K. Lumpur: IKD

Kaufmann, L.H..(Reviewer). 1999. A survey of Knot Theory. Bull. AMS. 36(4):539-549

Kawauchi, A. 1996. A Survey of Knot Theory. Birkhauser-Verlag.

Koh, G.H.K.. 1995. Pengakap Remaja dan Anugerah Pengakapa Raja. Shaha Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kuhn, T. 1997/1962. Struktur Revolusi Sains. DBP. (Ini ialah terj kpd snt. keduanya, 1970). Buku asal Kuhn telah pun ada snt. ke-3-nya 1993.

Lambek, J. 1989. Grammar as mathematics. Canad. Math. Bull. 32(3): 257-273

---------. 1986. A production gramar for English kinship terminology. Theoretical Linguistics. 13: 19-36

---------. 1979. A mathematician looks at Latin conjuhgation. Theoretical Linguistics. 6: 221-224

---------. 1958. The mathematics of sentence structure. Amer. Math. Monthly. 65: 154-169

Liang Liji.1996. Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15. Bangi: Penerbit UKM

Mat Rofa bin Ismail. 1995. Sejarah Aritmetik dan Aljabar Islam. Serdang: UPM

Ravetz, J. R. 1971. Scientific Knowledge and Its Social Problems. Oxford: Clarendon Press

Reshetikhin, N.Y. dan Turaev, V. 1991. Invariants of three manifolds via link polynomials and quantum groups. Invent. Math. 103: 547-597

Rohani binti Abdul Rahman. 1996. Sorotan Konsep Optimum Utiliti dan Optimum Pareto. Tesis Sarjana. Jabatan Matematik, Fakulti Sains Matematik, UKM.

Shaharir bin Mohaamd Zain. 2000. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Bangi: Penerbit UKM. Snt. ke-2.

Shaharir bin Mohamad Zain. 1998a. Pengertian ilmu dan ilmuwan di alam Melayu Pascabima. Kesturi. 8(1): 65-106

-----------------------------------------. 1998b. Sukatan dalam peribahasa Melayu. manuskrip

----------------------------------------. 1998c. Sains pengurusan dalam peribahasa Melayu. manuskrip

--------------------------------------. 1998d. Kepentingan Ilmu mengikut al-Quran dan al-Hadith. Mimeograf.

---------------------------------------. 1997. Angka Melayu dalam prasasti sebelum Islam. Laporan Sabatikal UKM 1997. Akan terbit dalam Bull. Malay. Math. Soc. 1999. Vol. 2

--------------------------------------. 1995a. Penyelesaian persamaan resapan teritlak dalam bentuk kamiran Feynman bagi potensi afin. Buletin Fizik Malaysia.16: 1-16

--------------------------------------. 1995b. Penubuhan Institut/Pusat sains teori dan peMalaysiaan ilmu (ISTIM/PASTIM) di UKM. Kertas kerja yang diserahkan kepada pihak UKM.

--------------------------------------. 1992b. Pinjaman secara Islam: Satu alternatif. Pengurusan 1. Fakulti Pengurusan Perniagaan, UKM: 3-18.

-----------------------------------. 1992a. Pengaruh budaya ke atas sains matematik. Kesturi 2(2):30-43

-------------------------------------. 1989. Perkembangan sains moden: Implikasi kepada pendidikan sains sekolah. Buletin Guru. 2:20-22

--------------------------------------. 1987. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. (Bahagian pengenalan).

---------------------------------------. 1984. Pendokumentasian buku/manuskrip matematik dan ilmu falak dalam bahasa Melaysia sebelum 1957. Laporan Penyelidikan UKM. Abstrak terbit dalam Sharifah Mastura et al. 1989. Abstrak Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 1980-1989. Bangi: Penerbit UKM

Shaharir bin Mohamad Zain dan Abdul Latif Samian. 1988. PengIslaman sains matematik. Jurnal Pendidikan Islam ABIM. 2(7):13-35.

Shaharir bin Mohamad Zain dan Wan Noorani. 1983. Peruntukan sumber akademik: Kajian kes di UKM. Jurnal Ekonomi Malaysia. 15: 55-72

Shaharir bin Mohamad Zain dan Rohani binti Abdul Rahman. 1996. Pengaruh sistem nilai dalam pengoptimuman utiliti berktentuan: ke arah teori yang lebih serasi dengan Islam. Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematikm ke-VII. Shah Alam: ITM. 290-296

Shaharir bin Mohamad Zain, Shaikh Dawood, dan Mohd bin Haji Alias. 1986. Penilaian Rancangan Ma;aysia Kelima menerusi Model Kawalan Optimum. Dalam Abu Osman bin Md Tap et al. (Pyt.).1986. Ke arah Peningkatan Penyelidikan dan Pengajaran Sains Matematik. Bangi: Pusat Pengajian Kuantitatif. 458-481

Simanjuntak, M. 1996. Pupus bahasa pupuslah bangsa. Maju bahasa majulah negara. Dalam Asraf . 1996. Manifesto Budaya. Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. K.Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia. 290-344.

Swetz F. 1983. Some Malay systems of measurement. Multicultural Teaching 35:147-154.

Syed Mahmud Abdul Kadir. 1887. Ilmu Kejadian. T.P

Thom, R. 1970. Topologie et linguistique. Dalam Haefliger, A. & Narasimhan. 1970. Essays on Topology and Related Topics. Springer: 226-246

----------. 1971. Langage et catastrophes: Elements pour une semantique topologique. Dalam Peixoto, M.M. (pyt.). 1973. Dynamical Systems. Proc. of the Sympos. At Salvador, Brazil, 1971. Academic Press: 619-654

----------. 1973. De l’icone au symbole; esquisse d’une theorie du symbolisme. Cahiers Internationaux de Symbolisme. 22-23: 85-106

----------. 1973. Sur la typologie des langues naturelle: essai d’interpretation psycho-linguistique. Dalam Moutin (pyt.). 1973. Formal Analysis of Natural Language.

-----------. 1974. La linguistique, discipline morphologique exemplaire. Critique. 322 (March, 1974): 235-245

------------. 1975/1972. Structural Stability and Morphogenesis. Benjamin

------------. 1983. Mathematical Models of Morphogenesis. N. York: Halsted Press

Turner, J.C. dan van de Griend, P. (eds). 1996. History and Science. of Knots. World Scientific

van de Griend, P. 1992. A History of Knots Theory. Birkhauser-Verlag

Witten, E. 1989. Quantum field theory and the Jones polinomials. Commun. Math. Phys. 121: 351-399


*********************************************************

Catatan: Mulanya berupa ceramah di Kolokuium Pusat Pengajian Sains Matematik UKM, 14 Mac, 2000, kemudian dibentangkan di Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-8 anjuran PERSAMA-KUT di Terengganu pada 1-2 April, 2000

Добавить в свой блог или на сайт

Похожие:

0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa iconAlih bahasa Jusuf, A. A. dan Ta

0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa iconInstitut teknologi dan sains bandung

0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa iconDan Elish & Robert Horn

0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa iconBahan organik dan kesuburan tanah

0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa iconJurusan matematika dan ilmu pengetahuan alam

0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa iconJurnal Akuntansi dan Keuangan Vol. 1, No. 1, Mei 1999 : 28 42

0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa iconTetty Kemala*, Muhammad Syaeful Fahmi, dan Suminar S. Achmadi

0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa iconPanduan aktiviti, penyampaian dan penaksiran bagi aras kognitif

0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa iconProsiding Seminar Nasional Penelitian, Pendidikan dan Penerapan mipa

0. Memartabatkan bahasa Melayu dalam segala kegiatan dan urusan sains matematik di negaranya sendiri dan seterusnya di arena antarabangsa iconLingkungan hidup dan konservasi hutan taman nasional meru betiri


Разместите кнопку на своём сайте:
lib.convdocs.org


База данных защищена авторским правом ©lib.convdocs.org 2012
обратиться к администрации
lib.convdocs.org
Главная страница